Minyak kelapa dara?
Minyak kelapa dara ialah minyak yang diekstrak dari kelapa yang matang dan segar melalui proses semulajadi dimana ia tidak merosakkan struktur asal atau semulajadi seperti yang terkandung dalam buah kelapa yang asal. Proses semulajadi ini ialah proses yang tidak melibatkan penggunaan haba dan sebarang bahan kimia. Minyak kelapa dara juga tidak boleh dipaten dan suatu kejadian ALLAH s.w.t yang semula jadi.
Apa kandungannya?
Menurut kajian, kelapa dara mengandungi 50% asid lemak laurik dan 7% asid kapriat. Kedua - duanya adalah ASID LEMAK TEPU RANTAIAN SEDERHANA (MCFA) yang mudah dimetabolisma dan tidak meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Didalam tubuh, asid laurik akan berubah menjadi sebati dengan monolaurin. Asid kapriat pula diubah menjadi monokaprin. Monolaurin dapat melarutkan membran virus berupa lipid sehingga boleh mengganggu kekebalan virus.Kedua - dua asid ini bersifat antivirus, antibakteria dan antiprotozoa. MCFA juga mempunya kelebihan memperbaiki sistem imunisasi badan.
Minyak kelapa dara juga mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) dimana ianya adalah lemak yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu. Sifat antimikrob MCT pada minyak kelapa dara membantu tubuh menghilangkan bakteria penyebab penyakit. Oleh sebab itu, MCT inilah yang menjadikan minyak kelapa dara boleh mengatasi dan mencegah kanser. MCT mengambil alih tugas untuk mematikan mikrob. Dengan semakin berkurangnya bakteria pengganggu di dalam tubuh, sel-sel darah putih akan bebas mencari dan menghancurkan sel-sel kanser. Selain itu, MCT mempunyai pengaruh seperti antioksidan yang mencegah kesan-kesan radikal bebas dan memberikan perlindungan.
Kelebihannya?
- Meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
- Menurunkan kadar kolesterol
- Mengandungi lemak yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam susu ibu dan bertindak sebagai antimikrob, antioksidan dan antivirus
- Pembekal sumber tenaga yang pantas
- Meningkatkan kadar metabolisma dan pemangkin kelenjar thyroid
- Mengurangkan risiko serangan jantung dan darah tinggi
- Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal
- Anti oksida semulajadi
- Pelembut dan pelembap kulit yang semulajadi
- Mengurangkan kelemumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut
Sifat minyak kelapa dara?
- Berwarna jernih
- 100% organik
- Tidak menyebabkan kegemukan dan tiada kesan sampingan
- Penggunaan mikroorganisma semulajadi utk proses pengekstrakan minyak
- Diproses tanpa menggunakan haba, bahan pengawet, bahan perasa dan bahan kimia
- Di proses melalui kaedah bioteknologi
- Mengekalkan struktur serta keadaan semulajadi minyak
- Bau kelapa asli agak masam sedikit kerana kandungan asid laurik yang agak tinggi
Aturan Penggunaan
- Makan minyak kelapa dara 2-4 sudu sehari iaitu 2 sudu pagi dan 2 sudu malam. Minyak kelapa dara bukan hanya mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, ia juga ialah produk kesihatan yang bagus di amalkan setiap hari untuk jaminan kesihatan manusia. Keberkesanan produk ini bergantung pada individu. Ada sesetengah individu boleh mendapat kesan yang segera dan ada yang sebaliknya. Boleh juga digunakan untuk kulit dan rambut. Jadikan minyak kelapa dara amalan harian anda!
0 comments:
Post a Comment